Alhamdulillah program Usahawan Bugis telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 19/8/08 yang lalu. Seramai hampir 30 orang ahli bugis dari setiap cawangan hadir menjayakan program. Program dimulakan dengan kata-kata ucaptama dari setiausaha persatuan mengalu-alukan usaha yang julung kalinya diadakan ini dan berharap ia akan memberi menafaat dan membuka minda para perserta. Sebagai pengisian utama program ini En Iskandar Noor selaku Pengerusi Persatuan Bugis Cawangan Johor Bahru telah memimpin program ini dengan program motivasi dengan tajuk Pemikiran Kreatif. Seterusnya majlis ini telah dilengkapkan lagi dengan membuka beberapa contoh peluang yang boleh diceburi oleh para peserta iaitu tune money, rx water, Raja prepaid. Kesemua link ke modul ini juga ada di lampirkan di bawah MY BLOG LIST.