Sunday, 22 June 2008

Saya berkesempatan melawat saudara kita yang di masukkan ke Hospital Pontian hari ini 22 June,2008, Saudara Sadekek@Muhammad Malupak. Marilah kita sama-sama doakan supaya beliau cepat semboh sepeti sediakala. Amiiin

PROGRAM BULAN JULAI

Mesyuarat AJK yang lalu telah meluluskan beberapa program bagi di laksanakan pada bulan Julai akan datang adalah seperti berikut:

Program Kursus keusahawanan
Tarikh : 19 Julai 2008
Masa 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Peladang/Pejabat Tanah Rengit (sedang di uruskan)

Israq Mikraj
Tarikh : 27 Julai 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Peladang, Rengit

Penyertaan Masyarakat BUGIS adalah sangat-sangat dialualukan dan sama-samalah kita merapatkan dan membina ukuwah kita dan kembalikan semangat perjuangan BUGIS menjadi satu bangsa yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...

Banyak lagi program dalam perancangan, antaranya -
Penubuhan koperasi masyarakat Bugis - KOBUGIS
Karnival Masyarakat Bugis pada 25 Dis 2008
Hari Kebudayaan OGI' 2009 pada bulan April
....dan lain-lain lagi yang masih dalam perancangan. Sertailah kami untuk sama-sama memajukan masyarkat kita... Hidup Ogi'

Friday, 20 June 2008

Kertas Cadangan Kursus Usahawan

Tajuk Kursus : Kursus Keusahawanan - siri program usahawan Bugis

Tujuan Kursus : Memberikan pendedahan kepada ahli Bugis kepada cara-cara memulakan perniagaan, Jenis-jenis perniagaan, perniagaan Konvensional Vs Perniagaan Berbagai Tingkat, dan pendedahan kepada berbagai peluang perniagaan. Ahli juga akan di berikan motivasi oleh tokoh2 yang telah berjaya mencapai kejayaan.

Tarikh : Sabtu, julai 2008
Jangka masa kursus : Bermula dari 8-30 pagi hingga 4 ptg

Tempat : 56-02 Susur 2 Larkin Perdana, Johor Bahru atau Lorong Bugis, Pontian atau mana-mana tempat yg akan diaturkan oleh AJK

Peserta : 10 org dari tiap cawangan

Bajet : Makan/minum peserta @RM10 x 50 =RM500
Sijil, bahan kursus dan stationery =RM200
Cenderamata/hati =RM300
Jumlah =RM1,000

Mesyuarat AJK Ogi

Tarikh : 21 June, 2008
Jam : 2.30ptg
Tempat : Lorong Bugis, Pontian

Ahli


Bakri
Mamang
A.Achok/Iskandar


Zakaria Halidek

Ambok Lalak
Sadekek
Abd Kadir
Tang Bin Ali

Wednesday, 18 June 2008

PENGANTAR KATA

Assalamualaikum dan aga kareba poh...

Saya ingin dedikasikan blog ini kepada masyarakat BUGIS (Ugiek) Malaysia dan juga kepada masyarakat Bugis seantero dunia untuk sama-sama menyumbang idea dan berkongsi pengalaman dan kejayaan bagi di jadikan dorongan memartabatkan lagi bangsa kita yang sdia di kenali sejak azali lagi sebagai pejuang yang gagah, kental dan berani menghadapi segala dugaan dan cabaran. Marilah kita sama-sama hidupkan dan semarakan semangat darah BUGIS kita demi mencapai banyak lagi kejayaan dalam segala bidang. Kita harap rakan-rakan dapat menyumbangkan kejayaan untuk dikongsi bersama sebagai motivasi diri bergerak menghadapi cabaran masa kini....

Insyaallah kalau kita bersatu banyak yang boleh di capai dan gapai. Sumbangkanlah idea anda baik untuk kemajuan ekonomi, pelajaran, kemahiran malah apa saja yang boleh menamabh nilai pada masyaraka kita bagi memastikan orang BUGIS tetap terbela dan bisa tegoh menghaapi segala rintangan dan cabaran masa kini...

Anda boleh sumbangkan idea anda terus kepada saya melalui email iskrx@yahoo.com atau sms ke 0176677571.

Untuk permulaan, saya mencadangkan ditubuhkan satu Koperasi Masyarkat Bugis atau kobugis bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan juga menjadi nadi dan penaung kepada aktiviti2 lain yang bakal dirancangkan untuk kepentingan masyarakat Bugis.