Wednesday, 18 June 2008

PENGANTAR KATA

Assalamualaikum dan aga kareba poh...

Saya ingin dedikasikan blog ini kepada masyarakat BUGIS (Ugiek) Malaysia dan juga kepada masyarakat Bugis seantero dunia untuk sama-sama menyumbang idea dan berkongsi pengalaman dan kejayaan bagi di jadikan dorongan memartabatkan lagi bangsa kita yang sdia di kenali sejak azali lagi sebagai pejuang yang gagah, kental dan berani menghadapi segala dugaan dan cabaran. Marilah kita sama-sama hidupkan dan semarakan semangat darah BUGIS kita demi mencapai banyak lagi kejayaan dalam segala bidang. Kita harap rakan-rakan dapat menyumbangkan kejayaan untuk dikongsi bersama sebagai motivasi diri bergerak menghadapi cabaran masa kini....

Insyaallah kalau kita bersatu banyak yang boleh di capai dan gapai. Sumbangkanlah idea anda baik untuk kemajuan ekonomi, pelajaran, kemahiran malah apa saja yang boleh menamabh nilai pada masyaraka kita bagi memastikan orang BUGIS tetap terbela dan bisa tegoh menghaapi segala rintangan dan cabaran masa kini...

Anda boleh sumbangkan idea anda terus kepada saya melalui email iskrx@yahoo.com atau sms ke 0176677571.

Untuk permulaan, saya mencadangkan ditubuhkan satu Koperasi Masyarkat Bugis atau kobugis bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan juga menjadi nadi dan penaung kepada aktiviti2 lain yang bakal dirancangkan untuk kepentingan masyarakat Bugis.

No comments: