Wednesday, 10 December 2008

Hari Keluarga Ogi'

Buat pertama kalinya persatuan Ogi' johor akan mengadakan Hari Ogi' berbentuk hari keluarga juga sempena Mesyuarat Agong Tahunan di Kompleks Peladang Rengit, pada 25hb Dis 2008.
Berbagai aktiviti telah di rancangkan meliputi semua golongan peringkat umur antaranya:
1. Pertandingan masakan 3 kategori - lauk-pauk, kuih muih dan hidangan tanpa bahan api.
2. Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 3 kategori - tadika, darjah 1-3 dan darjah 4-5
3. Meneka berat kambing - terbuka kepada semua
4. Akedemi Bugis
5.Pameran/jualan barangan ahli OGI'

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis dan mengutuhkan lagi perpaduan masyarakat bugis.

Mesyuarat Agong Ogi' Johor Bahru


Mesyuarat Agong OGI' JB telah selamat diadakan di hotel Good Hope pada 6hb Dis 2008 lalu. Pada mesyuarat ini pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2009-2010 telah diadakan dan keputusan adalah seperti berikut :

Pengurusi : Iskandar Noor Ibrahim/Andik Achok












Naib Pengerusi : Andek Ismail Ibrahim/Bobo











Setiausaha : Andek Mohd Yasin Ibrahim









Bendahari : Kernaini Kandar









7 Ahli Jawtankuasa



Lamek Kandar








Badariah









Hasnah


Zulkarnain


Watinah Ibrahim

2 Orang pemeriksa kira-kira



Laudang Kandar








Asham Abu Hassan









Sunday, 27 July 2008

Alhamdulillah program Usahawan Bugis telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 19/8/08 yang lalu. Seramai hampir 30 orang ahli bugis dari setiap cawangan hadir menjayakan program. Program dimulakan dengan kata-kata ucaptama dari setiausaha persatuan mengalu-alukan usaha yang julung kalinya diadakan ini dan berharap ia akan memberi menafaat dan membuka minda para perserta. Sebagai pengisian utama program ini En Iskandar Noor selaku Pengerusi Persatuan Bugis Cawangan Johor Bahru telah memimpin program ini dengan program motivasi dengan tajuk Pemikiran Kreatif. Seterusnya majlis ini telah dilengkapkan lagi dengan membuka beberapa contoh peluang yang boleh diceburi oleh para peserta iaitu tune money, rx water, Raja prepaid. Kesemua link ke modul ini juga ada di lampirkan di bawah MY BLOG LIST.

Sadekek Terkini

Alhamdulillah, saudara Sadekek telah semboh dan kini telah menjalani penghidupan seperti sediakala. Terima kasih atas doa tuan/puan semua.

Sunday, 22 June 2008

Saya berkesempatan melawat saudara kita yang di masukkan ke Hospital Pontian hari ini 22 June,2008, Saudara Sadekek@Muhammad Malupak. Marilah kita sama-sama doakan supaya beliau cepat semboh sepeti sediakala. Amiiin

PROGRAM BULAN JULAI

Mesyuarat AJK yang lalu telah meluluskan beberapa program bagi di laksanakan pada bulan Julai akan datang adalah seperti berikut:

Program Kursus keusahawanan
Tarikh : 19 Julai 2008
Masa 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Peladang/Pejabat Tanah Rengit (sedang di uruskan)

Israq Mikraj
Tarikh : 27 Julai 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Peladang, Rengit

Penyertaan Masyarakat BUGIS adalah sangat-sangat dialualukan dan sama-samalah kita merapatkan dan membina ukuwah kita dan kembalikan semangat perjuangan BUGIS menjadi satu bangsa yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...

Banyak lagi program dalam perancangan, antaranya -
Penubuhan koperasi masyarakat Bugis - KOBUGIS
Karnival Masyarakat Bugis pada 25 Dis 2008
Hari Kebudayaan OGI' 2009 pada bulan April
....dan lain-lain lagi yang masih dalam perancangan. Sertailah kami untuk sama-sama memajukan masyarkat kita... Hidup Ogi'

Friday, 20 June 2008

Kertas Cadangan Kursus Usahawan

Tajuk Kursus : Kursus Keusahawanan - siri program usahawan Bugis

Tujuan Kursus : Memberikan pendedahan kepada ahli Bugis kepada cara-cara memulakan perniagaan, Jenis-jenis perniagaan, perniagaan Konvensional Vs Perniagaan Berbagai Tingkat, dan pendedahan kepada berbagai peluang perniagaan. Ahli juga akan di berikan motivasi oleh tokoh2 yang telah berjaya mencapai kejayaan.

Tarikh : Sabtu, julai 2008
Jangka masa kursus : Bermula dari 8-30 pagi hingga 4 ptg

Tempat : 56-02 Susur 2 Larkin Perdana, Johor Bahru atau Lorong Bugis, Pontian atau mana-mana tempat yg akan diaturkan oleh AJK

Peserta : 10 org dari tiap cawangan

Bajet : Makan/minum peserta @RM10 x 50 =RM500
Sijil, bahan kursus dan stationery =RM200
Cenderamata/hati =RM300
Jumlah =RM1,000

Mesyuarat AJK Ogi

Tarikh : 21 June, 2008
Jam : 2.30ptg
Tempat : Lorong Bugis, Pontian

Ahli


Bakri
Mamang
A.Achok/Iskandar


Zakaria Halidek

Ambok Lalak
Sadekek
Abd Kadir
Tang Bin Ali

Wednesday, 18 June 2008

PENGANTAR KATA

Assalamualaikum dan aga kareba poh...

Saya ingin dedikasikan blog ini kepada masyarakat BUGIS (Ugiek) Malaysia dan juga kepada masyarakat Bugis seantero dunia untuk sama-sama menyumbang idea dan berkongsi pengalaman dan kejayaan bagi di jadikan dorongan memartabatkan lagi bangsa kita yang sdia di kenali sejak azali lagi sebagai pejuang yang gagah, kental dan berani menghadapi segala dugaan dan cabaran. Marilah kita sama-sama hidupkan dan semarakan semangat darah BUGIS kita demi mencapai banyak lagi kejayaan dalam segala bidang. Kita harap rakan-rakan dapat menyumbangkan kejayaan untuk dikongsi bersama sebagai motivasi diri bergerak menghadapi cabaran masa kini....

Insyaallah kalau kita bersatu banyak yang boleh di capai dan gapai. Sumbangkanlah idea anda baik untuk kemajuan ekonomi, pelajaran, kemahiran malah apa saja yang boleh menamabh nilai pada masyaraka kita bagi memastikan orang BUGIS tetap terbela dan bisa tegoh menghaapi segala rintangan dan cabaran masa kini...

Anda boleh sumbangkan idea anda terus kepada saya melalui email iskrx@yahoo.com atau sms ke 0176677571.

Untuk permulaan, saya mencadangkan ditubuhkan satu Koperasi Masyarkat Bugis atau kobugis bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan juga menjadi nadi dan penaung kepada aktiviti2 lain yang bakal dirancangkan untuk kepentingan masyarakat Bugis.